Monday, August 29, 2016

Hujung Minggu yang Penat

hujung minggu kali ni 

hari sabtu kami pi KL ada kenduri kesyukuran rumah ex boss 
TQ boss sebab jemput makanan semua best-best dan sedap tapi perut full sebab late breakfast 
pukul 11.00 am lebih sarapan kat burger king Kg. Pandan 
pukul 1.00 tengahari dah sampai rumah boss 
memang sikit je la aku makan 
walaupun ada kambing golek dan menu nasi kurma kambing, sambal udang, gulai telur itik, ikan masin, kari kambing dan kueh teow goreng sekali dengan tukang goreng panas-panas 
KL jem, udah² la buat perhimpunan tu ...x dapat apa pun ....




hari ahad pagi-pagi gerak ke PD untuk piknik 6.45 pagi dah gerak
sediakan sarapan di tepi laut yang simple
bihun goreng dengan nugget ayam 
bawa air kotak promosi 7E, air masak dan jajan

sarapan tepi laut ...best ....



ini la sebabnya anak-anak aku kulitnya kelam
mandi laut je


lepas mandi laut tempat memang wajib pergi tiap kali ke PD
muzium tentera darat 
pi banyak kali pun budak-budak tetap suka 



budak yang dah tak gayat 
sebab jambatan gantung lebih tinggi pun diorang dah pernah naik di Sabah dulu

lepas jalan-jalan tengok muzium 
lepak tepi laut sebelum balik 
 tepi laut dekat dengan pejabat pentadbiran daerah PD 
air tengah surat dapat turun ke pantai 




cari siput 
lama dah tak jumpa siput kalau ke PD ni 
kawasan ni je rasanya aku pernah jumpa siput 

kami sampai kat rumah pukul 2.00 petang 
terus tidur sampai lewat petang 
penat ....




Friday, August 26, 2016

Beli Air Kotak Dutch Lady 200ml RM1

2 hari lepas terbaca kat FB Chekgu Azrine
promosi air kotak dutch lady 200ml pelbagai perisa di 7E 
RM1 

semalam tengahari aku ikut Fahim turun sebab nak beli air kotak promosi tu
jangan tak tau Fahim tu pelanggan tetap 7E 5 hari seminggu dia pi 7E 
setiap petang pukul 2.00 pm dia akan pi 7E 
beli bekalan untuk sekolah petang dia 

tapi semalam mama ikut Fahim sebab nak beli air kotak 
terkejut Fahim sebab mama turun sekali ...kalau tidak tunggu dalam kereta jehari-hari

aku beli 24 kotak 
niat di hati nak beli campur-campur tapi dah habis tinggal coklat je 
dapat 2 strawberi je 

tak sabar nak tunggu promosi lain pula sempena bulan kemerdekaan ni 






Thursday, August 25, 2016

Taman kat Putrajaya Cantik-cantik rugilah tak pergi


bila hujung minggu tak ke mana-mana 
kita riadah sekitar Putrajaya pun best 
dapat juga keluarkan peluh buat aktiviti sihat kejar anak yang berlari macam ribut tu 

kalau tak ke taman abah bawa ronda kawasan perumahan ni 
pi taman permainan, bawa naik bukit Rimba Alam 
time ni aku malas nak ikut 
malas nak berhimpit satu motor 
tapi jangan tatau kami muat je satu motor ni tau hahaha 

kami suka tukar-tukar taman 
minggu ni pi taman ni .... minggu depan karang pi taman lain pulak 
tak la bosan kan ... untung siapa yang dok Putrajaya ni banyak tempat riadah 

Alisha kalau dapat lari 2-3 pusingan padang ni tanpa henti laju pulak tu 
memang letih kalau nak kejar dia 
badan kecik, kaki panjang ..berlari nampak slow tapi cuba la kejar 
confirm pancit korang 

tapi bila dia dah tak larat macam ni la 
malas berjalan ... nasib baik abang offer diri nak dukung adik 

aku suka beriadah kat taman ni sebab dapat tengok macam gelagat orang 
dapat tengok macam-macam jenis perangai '
golongan ibu bapa 
golongan atok nenek 
golongan remaja couple
golongan kanak-kanak riang

ada lawak ada yg "annoyed"

tah-tah orang pun tengok aku juga ...hahaha 


Wednesday, August 24, 2016

Minum Cendol Tepi Jalan ALor Akar Kuantan

semasa pi bercuti di Kuantan bulan lepas 


Semasa kat Kuantan hari tu kami singgah minum cendol dan ABC di tepi Jalan Besar Alor Akar Kuantan depan Alliance Bank 

sedap.... sejukkan badan tengahari rembang 
Gerai cendol dah berniaga sejak aku masih lagi belajar di Kuantan dulu 
dah berbelas tahun dah 
dulu-dulu pun selalu singgah minum cendol kat sini 


order dua je ...kongsi ... baru muhibbah .... 


gerai tepi jalan je ....kalau lalu Jalan Besar Alor Akar memang akan nampak 


sebenarnya yang boleh pi minum cendol tepi jalan sebab kereta masuk bengkel 
sementara tunggu kereta selesai
terbang RM0.5K



Note : off jap pi taklimat HRMIS


Friday, August 19, 2016

Berendam di Pedas Hot Spring Water Park

30/5/2016

kami tidur semalaman di rumah atoknenek 
lepas tu semua termasuk atoknenek balik KL 
balik sekadar persinggahan je ... atoknenek memang dok KL 

kami balik ikut jalan lama lajak pi makan Nasi Beriani sedap Segamat dulu
balik lalu  ikut Gemas 

otw balik tu nampak Pedas Hot Spring Water Park
dah terlajak dah sanggup patah balik 
sebab budak-budak tak dapat mandi kolam ..sebab plan asal pi Kuantan nak bawa mandi kolam kat Pool Hotel Terbesar di Kuantan tapi tak ada rezeki




bayaran masuk ikut ketinggian boleh rujuk gambar di atas

kat sini ada 3 kolam besar 
pastu ada macam parit air ...boleh berjalan dalam tu pusing-pusing 
tengok dari jauh ingatkan lazy river macam kat Lotus Desaru Beach Resort
boleh mengeluncur 



nak sewa pondok2 tu pun boleh 
RM 40 + RM40 Deposit = RM80
kami tak sewa pun 
bukannya nak duduk pun dalam tu 
nak mandi kan 





kat sini ada ombak buatan 
tapi kejap on kejap tak 


budak kelam 2 hari berturut mandi laut dan kolam sampai sunburn teruk
mandi time pulak tengah hari rembang pukul 1.00 petang lebih 

Fahim rajin melayan adik 
jadi buaya la ..dolphin la ...
Alisha berpaut je pada abang 

lepas 3-4 jam mandi 
ajak naik ... nak balik Putrajaya dah 
bagi depa main mainan funfair ni 
pujuk ajak balik 
RM2.10 per ride




ok la kat sini walaupun ada sesetengah tempat tu dalam review dari blog lain ada tapi kat sini macam dah tak ada 

janji anak-anak enjoys kan 



Thursday, August 18, 2016

Pi Mana-mana Pun Mesti Cari Laut

sebelah petang kami jalan-jalan sekitar kuantan dan ke Pantai Batu Buruk

bawa budak-budak main layang-layang 






tak lama pun kat sini 
agak-agak budak-budak dah puas kami gerak balik ke hotel nak makan keluar makan malam kat Tg. Lumpur.

tapi aku tak ambil gambar pun dinner malam tu sebab perut lapar pastu badan penat 
si kecik kenit alisha meragam nak tidur 

esoknya lepas pusing-pusing Kuatan Parade cari DVD, cowboy, Eco Shop kami balik Kuala Rompin 
rumah makpak mentua 
kami tak jalan sangat kuantan sebab dah biasa ke sini lagi pun dulu-dulu memang Kuantan ni bandar cinta kami kot ^ ^


makan keropok lekor dan macam-macam lagi kat Medan Selera Kuala Rompin ni 
best makanan kat sini sedap-sedap belaka 
terutamanya mee goreng, laksa penang, bakso dan bihun sup

lepas makan petang sambung main layang-layang 

main pasir dan mandi laut




pantai Kuala Rompin ni memang bersih 
seronok budak-budak main 
tiap kali balik kampung memang tak lepas peluang mandi laut 






Megaview Hotel Kuantan | Review

ni cerita bulan 5 lepas 
aku tak up entry ni sebab bagi laluan kepada bulan puasa pastu raya 
pastu lupa terus ..hehehe

28/5/2016

plan asal kami ke Kuantan hari tu adalah nak stay di LKPP De Rhu Resort Kuantan
tapi time tu cuti sekolah hotel fully booked kami cuma dapat satu bilik je 
nenek, ateh dan atuk takan la stay kat hotel lain kan 


so cancel plan cari hotel sekitar bandar kuantan je 
kita jalan-jalan ...makan-makan je..
lagipun banyak hotel fully booked time ni ...cuti sekolah ...

kami pilih Hotel Megaview Kuantan 
lokasi terletak tepi Muara Sg. Kuantan dan di tengah bandar kuantan 

Bilik Jenis Executive Deluxe RM195.00 untuk govenment rate

bilik baru renovation rasanya sebab perabot semua baru-baru dan decoration juga cantik 
kalau ikutkan hotel ni dah lama dah beroperasi
aku suka hotel yang begini sentiasa menambahbaik fasiliti mereka

konsep bilik juga ceria 


yang ni aku suka ...ada laci khas untuk complimentary item ni 
kemas je tak makan ruang atas meja

bilik air ceria dengan mozek bilik air warna hitam hijau mcm ni 

balkoni mengadap jambatan dan benteng Sg. Kuantan 
sedap ambil angin petang 

lobi juga ceria 

oh ye aku malas nak ambil gambar sekitar coffee house 
tempat makan pun luas dan banyak juga pilihan sarapan pagi 

di sini tiada swimming pool 

Lokasi :
Mega View Hotel Kuantan
Lot 567, Jalan Besar, 25000 Kuantan, 
Pahang Darul Makmur, West Malaysia. 
Tel: 609 517 1888 
Sales/Admin Fax: 609 517 1999 
Reservation Fax: 609 556 3999